Apakah
itu Revolusi Perindustrian Keempat? Sebelum itu, dibincangkan dahulu sejarah
awal IR 4.0 ini. Ia bermula dengan IR 1.0 iaitu yang berlaku antara
akhir 1700 an dan awal 1800 an. Ketika waktu ini, bidang pembuatan berkembang
daripada memfokuskan pada tenaga kerja manual yang dilakukan oleh orang dan
dibantu oleh haiwan kepada bentuk tenaga kerja yang lebih optimum yang
dilakukan oleh orang melalui penggunaan mesin bertenaga air dan wap dan jenis
alat mesin yang lain.
Seterusnya,
pada awal abad ke-20 yang mana dunia memasuki Revolusi Perindustrian Kedua atau
IR 2.0 dengan pengenalan penggunaan alat besi dan elektrik di kilang.
Pengenalan elektrik membolehkan pengeluar meningkatkan kecekapan dan membantu
menjadikan jentera kilang lebih mudah alih. Pada fasa ini, konsep pengeluaran
besar-besaran seperti jalur pemasangan diperkenalkan sebagai cara untuk
meningkatkan produktiviti.
Kemudian,
bermula pada akhir 1950 an lahir pula Revolusi Perindustrian Ketiga atau IR
3.0 secara perlahan-lahan ketika pengeluar mulai memasukkan lebih banyak
teknologi elektronik dan akhirnya komputer ke dalam kilang. Dalam tempoh ini,
pengeluar mula mengalami pergeseran yang kurang menekankan teknologi analog dan
mekanik dan lebih banyak lagi pada teknologi digital dan perisian automasi.
Dalam
beberapa dekad yang lalu, IR 4.0 telah muncul yang telah memberikan
penekanan pada teknologi digital. Namun begitu, beberapa dekad kebelakangan ini
IR 4.0 ke tahap yang baharu dengan medium Internet melalui beberapa teknologi
digital seperti Internet Pelbagai Benda atau IoT, data raya, kecerdasan buatan,
pengkomputeran awanan, pengkomputeran kuantum, teknologi rantaian blok
atau Blockchain, aplikasi mudah alih dan lain-lain.
Dengan kesemua
teknologi digital tersebut, pendekatan IR 4.0 berupaya mencapai data secara
masa nyata menerusi sistem siber-fizikal dengan menawarkan pendekatan pembuatan
yang lebih komprehensif, saling berkaitan dan holistik. Ini menghubungkan
sesuatu yang bersifat fizikal dengan persekitaran digital. Dengan ini
memungkinkan kerjasama dan capaian yang lebih baik di seluruh jabatan, rakan
kongsi, pembekal, produk dan sesiapa yang terlibat. IR 4.0 memberi kuasa kepada pemilik
perniagaan untuk mengendalikan dan memahami dengan lebih baik setiap aspek
operasi dan aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, memungkinkan mereka
memanfaatkan data segera untuk meningkatkan produktiviti,
meningkatkan proses, mendorong pertumbuhan dan penjimatan kos.