Friday, April 7, 2023

KESIMPULAN


 

Kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kesan positif dan manfaatnya hendaklah bersifat inklusif agar dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Pelaksanaan dan pemantauan polisi mestilah diberikan perhatian serius supaya objektif-objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Jika tidak ditangani dengan baik, Malaysia akan ketinggalan dan perkembangan Revolusi 4.0 boleh memberi kesan buruk kepada negara

  Akhir kata, IR 4.0 perlu diterapkan dalam kehidupan seharian tidak kira secara personal ataupun secara umum kerana ia sangat  penting  bagi setiap individu untuk menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan mengelakkan diri daripada  merasa ketinggalan jauh dengan negara lain. 

     

  

 

 

 

 

TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA.


 

Cabaran Revolusi Perindustrian Ke-4 (IR 4.0) yang dihadapi oleh sektor swasta khususnya pembuatan dan pengilang serta sektor kerajaan di Malaysia seharusnya dilihat sebagai satu dimensi peralihan paradigma kepada kecekapan dan kos organisasi. Kedua-dua dimensi ini jika ditangani dengan bijak, mampu membantu sektor swasta khususnya pembuatan dan pengilang serta sektor kerajaan di Malaysia mencapai kelebihan daya saingnya melalui peningkatan tahap kecekapan pengurusan operasi dan pengurangan kos secara keseluruhan. Peralihan kepada teknologi komputer dan pengautomatan bukan sahaja membawa kepada kecekapan dan keberkesanan operasi, malah memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia.

     Cabaran yang pertama ialah kekurangan kemahiran tenaga mahir. Dalam usaha melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Tinjauan daripada Wold Economic Forum mendapati 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam menyesuaikan diri dengan teknologi industri yang baharu.

       Cabaran yang kedua ialah ancaman kepada keselamatan siber. Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman kepada jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Of Things (IOT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber. Manakala industri-industri pula sentiasa berhadapan dengan isu cetak rompak yang dilihat tiada berpenghujung. Tambahan pula pada masa kini dengan revolusi baru seperti Internet of Things (IOT) yang membuka ruang dan peluang kepada penggodam untuk melakukan jenayah seperti mencuri data-data filem di dalam persekitaran virtual. Selain itu juga, kewujudan pelbagai platform pasaran baru seperti streaming dan tik tok membuka lebih banyak kelemahan di dalam jaringan digital.

    Cabaran yang ketiga ialah peluang pekerjaan. Perkara yang paling dibimbangkan rakyat ialah peluang pekerjaan mereka dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Dengan adanya teknologi robot, pekerjaan pengendali di dalam kilang akan berkurangan. Kalau hari ini kita dapat lihat banyak orang bekerja dalam servis penghantaran makanan. Mungkin pada masa akan datang, pekerja ini akan diganti dengan kenderaan robot autonomi. Situasi ini dalam fasa percubaan di negara Maju seperti Amerika Syarikat dan Sebahagian negara Eropah.

Dalam situasi ini, peluang pekerjaan bukanlah berkurangan. Tetapi, akan berlakunya anjakan dalam sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, permintaan pekerja berkemahiran tinggi akan meningkat manakala permintaan untuk pekerjaan berkemahiran rendah akan berkurang. Hal ini akan memberi kesan yang pahit kepada pekerja berkemahiran rendah. Walaubagaimanapun, dalam setiap revolusi industri yang terdahulu, perkara ini tidak asing lagi. Ianya memberi kesan pada awal revolusi dan akan pulih setelah berlaku dalam kematangan pihak kerjaan, swasta dan masyarakat. Dari sudut pandang yang positif, masyarakat dalam sesebuah negara akan berganjak daripada masyarakat yang berkemahiran rendah kepada masyarakat berkemahiran tinggi. Tekanan yang berlaku dalam sistem pekerjaan membuatkan masyarakat perlu dalam apa jua sekalipun menjadi seorang pekerja yang mahir.

 

 

 

 

DUA (2) CONTOH NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0. HURAIKAN TEKNOLOGI BAHARU TERSEBUT

     



      Dua negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0 adalah China dan juga Korea. Seperti yang kita tahu negara China telah melaksanakan Teknologi 5G, Station angkasa Tianhe, Kapal Selam Vendoze dan juga peralatan perubatan. Negara China turut mempraktikan penggunaan teknolgi 4.0 sama ada dari sektor peralatan perubatan ataupun langkah-langkah penguatkuasaan bagi pemantauan setiap pergerakan virus yang mampu dikesan seperti di Wuhan, Wilayah Hubei sehingga China berjaya mengatasi dan membendung wabak itu daripada terus merebak. Dengan teknologi terbaru itu China telah dapat menangani masalah Covid-19 yang kini menular di seluruh dunia. Selain itu,Syarikat teknologi dari China bersama 18 pengeluar automotif dari negara yang sama telah membina persekitaran untuk pergerakan kereta dengan teknologi 5G. Malah sejak dengan adanya teknologi ini ianya akan membantu akan mempercepatkan penggunaan kormesial 5G terutamanya dalam industri automotif.  Di negara Korea telah melaksanakan Teknologi jaringan 5G, Teknologi kecerdasan buatan Ai dan pembendahan plastik. Selain negara China yang melaksanakan teknologi baharu IR 4.0, negara Korea juga adalah salah satu negara yang paling canggih dalam melaksanakan sesebuah teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui perlaksanaan teknologi robotik yang turut menjadi tumpuan di mata dunia. Sebagai contoh, Teknologi jaringan 5G negara yang terawal menggunakannya adalah korea selatan. Mengikut laporan pelancaran jaringan 5G pada peringkat awal 260,000 pengguna telah pun berjaya melanggannya, Sekali gus korea selatan menjadi lokasi yang terawal penggunaan 5G disamping negara yang paling canggih di dunia seterusnya sebagai peneraju dalam infrastruktur 5G. Selain itu, negara korea selatan akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengecaman wajah dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan setiap pergerakan golongan-golongan yang dijangkiti Covid-19. 


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI BAHARU 1R 4.0


KEBAIKAN KESELAMATAN SIBER 
Adalah dapat menglindungi data yang sensitif. Semua data boleh dilingdungi dengan lebih baik dan mengelakkan ancaman kecurian indentiti. Kemudian dapat mengekalkan produktiviti, dengan keselamatan siber, maka sistem dan rangkaian dapat dilindungi daripada perisian hasad dan ancaman lain. Jadi kita masih boleh bekerja dengan lebih produktif dan selamat. 

 KEBURUKAN KESELAMATAN SIBER
Kebergantungan terhadap komputer mengakibatkan kemunculan jenayah siber secara besar-besaran yang memanipulasikan data dan informasi bagi mencapai objektif mereka. Ini menyebabkan keselamatan siber menjadi sesuatu isu yang perlu diambil perhatian serius. Keselamatan negara juga berada dalam risiko yang amat tinggi sekiranya langkah-langkah menjaga keselamatan dari segala ancaman tidak diperkukuhkan. Ancaman dan serangan boleh datang pada bila-bila masa dari seseorang dengan hanya menggunakan komputer riba atau menggunakan telefon pintar.

KEBAIKAN PENGKOMPUTERAN AWAN

Boleh bersebelahan dengan mana-mana  jenis rangkaian atau sistem maklumat, di bawah penggunaan kod atau parameter khas, yang mesti dipulihkan  dalam kod sumber. Ianya juga menjamin bahawa setiap masa dalam persekitaran digital dengan sistem keselamatan komputer yang baik. Pengkomputeran awan ini juga adalah memastikan semua data yang disimpan adalah selamat. Kemudian meningkatkan pretasi dan kemampuan komputer iaitu prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

KEBURUKAN PENGKOMPUTERAN AWAN 

Bagi keperluan internet untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil, sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya secara tidak langsung menggangu aktiviti harian pengguna atau syarikat. Bagi Keselamatan pula, masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini. Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecah masuk oleh penggodam yang berkemahiran.
KEBAIKAN INTERNET OF THINGS (IoT)
Teknologi ini membolehkan pengguna menjalankan pengurusan sumber secara praktikal secara automatik. Contohnya dalam pertanian ia digunakan untuk memantau keadaan tanah, dengan bantuan sensor yang berbeza, yang membolehkan kita mengetahui bila perlu untuk mengairi tanaman tersebut. Selain itu dari analisis data. IoT ini berupaya untuk mengumpul data daripada peranti pintar membolehkan melakukan analisis dalam hampir masa nyata. Seterusnya mempercepatkan membuat keputusan
KEBURUKAN INTERNET OF THINGS (IoT)

Perisian yang tidak selamat. Ini kerana kebanyakkan nama pengguna dan kata laluan yang sama membolehkan orang lain melakukan pelbagai jenis serangan besar besaran. Oleh itu sebagai pengguna perlu untuk menukar kata kata laluan dalam seminggu atau sebulan sekali bagi mengelakkan data dapat diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudian, adalah dari segi keselamatan. Semua peranti dan program komputer terdedah kepada penggodaman  baru-baru ini serangan DDOS yang besar didakwa berasal dari peranti IoT yang telah diretas dan bertukar menjadi botnet untuk menjalankan serangan ini. Jadi sekali lagi memerlukan pakar untuk mengamankan peranti IoT daripada serangan Hacker


KESIMPULAN

  K emajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan tek...