Thursday, March 30, 2023

BAGAIMANA KEFUNGSIAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 ?

 

Internet adalah suatu jaringan komunikasi yang memiliki fungsi untuk menghubungkan antara satu media elektronik dengan media elektronik yang lainnya dengan cepat dan tepat. Internet juga mempunyai standar global dalam penggunaan jaringannya yang biasa disebut TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

      Fungsi bagi Keselamatan Siber adalah bertanggungjawab untuk mempertahankan maklumat penting (perisian, rangkaian komputer, fail, dan lain-lain yang terkandung dalam sistem computer, daripada serangan perisian hasad yang membahayakan sistem dan pengguna. Keselamatan siber adalah untuk mengekalkan dan mencegah penyalahgunaan akses dan penggunaan data dalam sistem teknologi maklumat daripada seseorang yang tidak mempunyai hak untuk mengakses atau menggunakan data dalam sistem.

     Fungsi bagi Internet Of Things (IoT) adalah membolehkan data dikumpul dengan mudah. Banyak data bermaksud keputusan analitik dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat kerana gambaran yang luas terhadap sesuatu proses dapat dipahami. IoT juga meningkatkan kualiti hidup manusia. Dengan adanya teknologi ini, tenaga manusia tidak lagi diperlukan untuk membuat kerja yang berulang-ulang dan membosankan

      Kemudian fungsi Pengkomputeran Awan adalah kebolehan untuk menyimpan fail, mengakses, atau mengambilnya dari mana-mana antaramuka yang diaktifkan oleh sesawang (web-enabled interface). Antaramuka perkhidmatan sesawang (web service) juga selalunya ringkas dan mudah difahami.

DEFINASI BAGI SETIAP TIGA (3) TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0



Kesediaan Malaysia untuk mengadaptasi perkembangan itu supaya terus maju seiring dengan negara lain. Namun, ketika pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara ketika ini secara tidak langsung mewujudkan satu persekitaran norma baharu yang mendokong perkembangan IR4.0, pada masa yang sama, mempercepatkan lagi agenda transformasi digital di Malaysia. 3 teknologi dalam IR 4.0 yang saya kenalpasti ialah keselamatan siber, integrasi sistem dan pengkomputeran awan.



       Keselamatan siber ialah amalan mempertahankan komputer, pelayan, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan daripada seseorang yang berniat jahat. Ia juga dikenali sebagai keselamatan teknologi maklumat atau keselamatan maklumat elektronik. Istilah ini digunakan dalam pelbagai konteks, daripada perniagaan hingga pengkomputeran mudah alih, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori biasa. Keselamatan siber merujuk kepada kaedah pencegahan yang digunakan untuk melindungi maklumat daripada dicuri, dikompromi atau diserang. Ia memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod jahat yang lain. Strategi keselamatan siber termasuk pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. Sekuriti siber penting untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0. Pengguna dan pelanggan mementingkan privasi data mereka dijaga oleh sesebuah organisasi. Apabila data yang banyak disimpan dan boleh mudah untuk diakses, ianya cenderung untuk digodam dan data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.





     Manakala bagi definisi Internet of things (IoT) adalah merupakan sebuah konsep di mana suatu benda atau objek ditanamkan teknologi-teknologi seperti sensor dan software dengan tujuan untuk berkomunikasi, mengendalikan, menghubungkan, dan bertukar data melalui perangkat lain selama masih terhubung ke internet. IoT memiliki hubungan yang erat dengan istilah machine-to-machine atau M2M. Seluruh alat yang memiliki kemampuan komunikasi M2M ini sering disebut dengan perangkat cerdas atau smart devices. Perangkat cerdas ini diharapkan dapat membantu kerja manusia dalam menyelesaikan berbagai urusan atau tugas yang ada.





      Definisi bagi pengkomputeran awan adalah salah satu alat paling istimewa yang telah dicipta berdasarkan teknologi lembut, ia menggunakan perkhidmatan Internet dalam apa jua bentuk, untuk mengakses Web dan menyimpan data dalam persekitaran digital di luar komputernya dengan komputer yang sangat baik. Sistem yang melindungi data anda dengan cekap. Pelaksanaannya sangat baru-baru ini, sebagai salah satu awan pengkomputeran pertama yang berada di pasaran, aplikasi terkenal yang dikenali sebagai "DropBox".     

HURAIAN TERPERINCI PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

             Apakah itu Revolusi Perindustrian Keempat? Sebelum itu, dibincangkan dahulu sejarah awal IR 4.0 ini. Ia bermula dengan IR 1.0 iaitu yang berlaku antara akhir 1700 an dan awal 1800 an. Ketika waktu ini, bidang pembuatan berkembang daripada memfokuskan pada tenaga kerja manual yang dilakukan oleh orang dan dibantu oleh haiwan kepada bentuk tenaga kerja yang lebih optimum yang dilakukan oleh orang melalui penggunaan mesin bertenaga air dan wap dan jenis alat mesin yang lain.

Seterusnya, pada awal abad ke-20 yang mana dunia memasuki Revolusi Perindustrian Kedua atau IR 2.0 dengan pengenalan penggunaan alat besi dan elektrik di kilang. Pengenalan elektrik membolehkan pengeluar meningkatkan kecekapan dan membantu menjadikan jentera kilang lebih mudah alih. Pada fasa ini, konsep pengeluaran besar-besaran seperti jalur pemasangan diperkenalkan sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti.

Kemudian, bermula pada akhir 1950 an lahir pula Revolusi Perindustrian Ketiga atau IR 3.0 secara perlahan-lahan ketika pengeluar mulai memasukkan lebih banyak teknologi elektronik dan akhirnya komputer ke dalam kilang. Dalam tempoh ini, pengeluar mula mengalami pergeseran yang kurang menekankan teknologi analog dan mekanik dan lebih banyak lagi pada teknologi digital dan perisian automasi.

Dalam beberapa dekad yang lalu, IR 4.0 telah muncul yang telah memberikan penekanan pada teknologi digital. Namun begitu, beberapa dekad kebelakangan ini IR 4.0 ke tahap yang baharu dengan medium Internet melalui beberapa teknologi digital seperti Internet Pelbagai Benda atau IoT, data raya, kecerdasan buatan, pengkomputeran awanan, pengkomputeran kuantum, teknologi rantaian blok atau Blockchain, aplikasi mudah alih dan lain-lain.

    Dengan kesemua teknologi digital tersebut, pendekatan IR 4.0 berupaya mencapai data secara masa nyata menerusi sistem siber-fizikal dengan menawarkan pendekatan pembuatan yang lebih komprehensif, saling berkaitan dan holistik. Ini menghubungkan sesuatu yang bersifat fizikal dengan persekitaran digital. Dengan ini memungkinkan kerjasama dan capaian yang lebih baik di seluruh jabatan, rakan kongsi, pembekal, produk dan sesiapa yang terlibat. IR 4.0 memberi kuasa kepada pemilik perniagaan untuk mengendalikan dan memahami dengan lebih baik setiap aspek operasi dan aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, memungkinkan mereka memanfaatkan data segera untuk  meningkatkan produktiviti, meningkatkan proses, mendorong pertumbuhan dan penjimatan kos.

KESIMPULAN

  K emajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan tek...