Friday, April 7, 2023

TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA.


 

Cabaran Revolusi Perindustrian Ke-4 (IR 4.0) yang dihadapi oleh sektor swasta khususnya pembuatan dan pengilang serta sektor kerajaan di Malaysia seharusnya dilihat sebagai satu dimensi peralihan paradigma kepada kecekapan dan kos organisasi. Kedua-dua dimensi ini jika ditangani dengan bijak, mampu membantu sektor swasta khususnya pembuatan dan pengilang serta sektor kerajaan di Malaysia mencapai kelebihan daya saingnya melalui peningkatan tahap kecekapan pengurusan operasi dan pengurangan kos secara keseluruhan. Peralihan kepada teknologi komputer dan pengautomatan bukan sahaja membawa kepada kecekapan dan keberkesanan operasi, malah memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia.

     Cabaran yang pertama ialah kekurangan kemahiran tenaga mahir. Dalam usaha melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Tinjauan daripada Wold Economic Forum mendapati 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam menyesuaikan diri dengan teknologi industri yang baharu.

       Cabaran yang kedua ialah ancaman kepada keselamatan siber. Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman kepada jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Of Things (IOT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber. Manakala industri-industri pula sentiasa berhadapan dengan isu cetak rompak yang dilihat tiada berpenghujung. Tambahan pula pada masa kini dengan revolusi baru seperti Internet of Things (IOT) yang membuka ruang dan peluang kepada penggodam untuk melakukan jenayah seperti mencuri data-data filem di dalam persekitaran virtual. Selain itu juga, kewujudan pelbagai platform pasaran baru seperti streaming dan tik tok membuka lebih banyak kelemahan di dalam jaringan digital.

    Cabaran yang ketiga ialah peluang pekerjaan. Perkara yang paling dibimbangkan rakyat ialah peluang pekerjaan mereka dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Dengan adanya teknologi robot, pekerjaan pengendali di dalam kilang akan berkurangan. Kalau hari ini kita dapat lihat banyak orang bekerja dalam servis penghantaran makanan. Mungkin pada masa akan datang, pekerja ini akan diganti dengan kenderaan robot autonomi. Situasi ini dalam fasa percubaan di negara Maju seperti Amerika Syarikat dan Sebahagian negara Eropah.

Dalam situasi ini, peluang pekerjaan bukanlah berkurangan. Tetapi, akan berlakunya anjakan dalam sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, permintaan pekerja berkemahiran tinggi akan meningkat manakala permintaan untuk pekerjaan berkemahiran rendah akan berkurang. Hal ini akan memberi kesan yang pahit kepada pekerja berkemahiran rendah. Walaubagaimanapun, dalam setiap revolusi industri yang terdahulu, perkara ini tidak asing lagi. Ianya memberi kesan pada awal revolusi dan akan pulih setelah berlaku dalam kematangan pihak kerjaan, swasta dan masyarakat. Dari sudut pandang yang positif, masyarakat dalam sesebuah negara akan berganjak daripada masyarakat yang berkemahiran rendah kepada masyarakat berkemahiran tinggi. Tekanan yang berlaku dalam sistem pekerjaan membuatkan masyarakat perlu dalam apa jua sekalipun menjadi seorang pekerja yang mahir.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

  K emajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan tek...