PENERANGAN LAMAN WEB

 


Laman Web Online

Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau hompage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.



 

No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

  K emajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan tek...